Thursday, December 13, 2007

2006 Olahragawan


...

Thursday, August 16, 2007

Hobi baru-Paper Toy

Kat rumah ngan opis dah berlambak dah tak tau nak letak mana..... Ade sape-sape nak bela??






Tuesday, July 17, 2007

VOTE SHEBBY FOR FAM PRESIDENT!!!


Sebenarnya saya tengok ramai pemain malaysia dlm liga profesional super/perdana tidak berapa gembira dgn myteam,mereka ni b'cakap mcm pemain profesional..tapi tahap permainan diorang nie mcm budak sekolah.diorang seperti memandang rendah pade keupayaan myteam..kononya diorang lebih hebat..dan ada juga yg mempersoalkan keupayaan shebby sebagai jurulatih yg tidak mempunyai lesen..pada saya diorang ni siapa untuk mempersoalkan keupayaan shebby yg merupakan bekas pemain terbaik yg pernah dimiliki negara berbanding dgn mereka yg sentiasa menunjukkan permainan yg buruk diatas padang.

Saya yakin dgn keupayaan shebby yg berpengalaman di pentas antarabangsa akan dapat membentuk pasukan yg mantap berbanding pemain kebangsaan skarang yg sentiasa mengecewakan peminat bolasepak malaysia.......sebenarnya komen saya ini ditujukan kepada pemain MPSJ faizal esahar....saya ada pernah menonton dlm rancangan scoreboard dulu...cara dia cakap seakan-akan dia adalah pemain yang hebat dgn mempersoalkan keupayaan shebby sebagai jurulatih...memang mentality faizal ni sama taraf dengan bebudak kampung.....inilah mentality pemain profesional negara.....kepada semua pemain bola dlm liga malaysia jgn bangga dgn gaji yg besar..sebnarnya tahap permainan korang ni atas sikit pada budak kampung....korang takde alternative nak majukan diri...jadi pada semua pemain dan peminat marilah kita sama-sama menyokong myteam supaya zaman kegemilangan bolasepak kita dapat kembali seperti zaman Shebby dan Mokhtar Dahari....dimana Korea dan Jepun pun gerun apabila mendegar Harimau Malaya.........termasuklah pasukan England pada ketika dahulu menggelar penyerang malaysia Mokhtar dahari sebagai 'supermokh' .

Tak salah kalau saya cadangkan supaya Shebby yang ganti Presiden F.A.M(dahlah jadi presiden-turun padang lak tu jadi coach. Shebby nie antara 'Living Legend' yang masih aktif dalam arena bola sepak.Mokhtar dah arwah...Santok dah tak larat.. david arumugam (Spiderman) meninggal... lain-lain senyap. Sebanarnya dialah yang sebenar benar manusia kat Malaysia yang benar-benar minat bola sepak dari pada bekas Presiden yang lepas(dia pun cakap dia minat bola)...saya mintak maaf jikalau tersalah bahasa atau sebagainya...

Komen saya ini hanyalah untuk menyedarkan semua pentadbir FAM dan pemain-pemain seperti Faizal Esahar.
selamat berjaya Shebby!!

P/S:Alangkah bagus nyer kalau Arwah Mokhtar Dahari menerima tawaran Untuk bermain di Kelab Arsenal pada tahun 70-an (pernah ditawarkan bermain di Arsenal selepas perlawanan persahabatan malaysia dan arsenal) mungkin senario bola sepak malaysia berbeza dari yg ada sekarang. Kan? Kan? Kan?

MENULIS KARANGAN-KEMALANGAN YANG PALING NGERI YANG PERNAH SAYA LIHAT.

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya
128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah
lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.
Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali gandakelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.
Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak
saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

KESIMPULAN :: GILE GHUPENYE DAK NEH!

Sunday, July 15, 2007

MALAYSIA. 1st Team Terkeluar. Kah, kah, kah

Kalah 5-0, Hadiah Sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke 50. Baik suruh Shebby Singh yang handle... Kalau kalah pun ada balas balik.
5-3 ke...Kuang...kuang...kuang...

Tuesday, July 10, 2007

Where Is This Place???

This is really nice .. .. .. .if anybody got a chance please go and see it NOW before some fucking arseholes state politicians decide to build "eco-friendly" (sic!) chalets .. .. .. and pollute the whole place up.
Look at the photos of this amazing place .. .. .
Clear Water .. .. .. .. .. .
Blue water .. .. . I wonder where this place is?
Amazing scenery!!!!!!
Tempting water .. .. can even see the fish .. ..
Where is this place?
You'll never guess that its .. .. .. .
Sungai Jagong Waterfall at Sungai Jagong (Kedah), Malaysia.

P/S : Kalau sape-sape dapat email nie yang mengatakan tempat nie kat Malaysia.. korang jangan tertipu.
Tempat nie bukan kat Malaysia. Bertuah kalau kat Malaysia (dah lama kotor). Tempat tu sebenarnya kat Plitvice Lakes - Croatia.

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya
satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali
keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah
dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari
segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,siapa
yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah S. A. W. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi
juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan
anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang
yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah
seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a,,

Rasullullah s. a. w. bersabda, SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Interesting aspects of life - Warren Buffet

There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second
richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very
interesting aspects of his life:

1. He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!
2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.
3. He still lives in the same small 3-bedroom house in mid-town Omaha ,
that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has
everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.
4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.
5. He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.
6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies.
He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals
for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
He has given his CEO's only two rules. Rule number 1: do not lose any
of your share holder's money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.
7. He does not socialize with the high society crowd. His past time
after he gets home is to make himself some pop corn and watch Television.
8. Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only
5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with
Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But
when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates
became a devotee of Warren Buffet.
9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

His advice to young people: "Stay away from credit cards and invest in yourself and
Remember:
A. Money doesn't create man but it is the man who created money.
B. Live your life as simple as you are.
C. Don't do what others say, just listen them, but do what you feel good.
D. Don't go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.
E. Don't waste your money on unnecessary things; just spend on them who really in need rather.
F. After all it's your life then why give chance to others to rule our life."

A Beautiful End

Picture of a worshipper in Masjid An Nabawi who passed away while in Sajida during Prayer. Allah 'Akbar - What a beautiful end!!!!

Thursday, June 28, 2007

Dean & Umi

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka 18 kali lagi.

KAWAN-KAWAN TAK MAU LAWAN

Eye Of Malaysia

Minum tak ajak aku!!!

Umi, Lela & Amirah @ Kota Damansara

SELAMAT PENGANTIN BARU JACK!!!

Makan! Makan! Nizam n Wife @ Kota Damansara

Dean & Nizam @ Jack's Wedding-Hulu Langat

Amirah & Nizam @ Jack's Wedding

Ha ha ha ... ketawa sambil tengok sesama sendiri. Sebelah Dean tu Sani. Ex Gloria Jeans Emporium tukang sapu.

Marka Gloria Jeans KLCC.

Amirah jugak nama dia @ Jack's Wedding-Hulu Langat

Amirah & Dean.

Dean dengan kenderaan barunya-tukar no. plet katanye. No. yang sedia ada ke no. lain... tak paham...

Monday, June 25, 2007

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih? Something to share with u guys...

Jangan memberikan anak makan makanan rapu (Jajan-Junk Food).

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah Memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati

2. Jantung

3. Paru-paru

4. Perut

5. Hempedal

6. Buah pinggang

7. Jantung

8. Buah pinggang

9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.

2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3. Elakkan minuman bergas

4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

6. Makan buah delima

7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.

Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

Friday, June 08, 2007

Fasha Sandha (betul ke eja?)


Satu-satunya manusia yang boleh buat aku pun nak tindik lidah.

Touch-Up Gambar Lama



E-mail Me : amirah_aysha@yahoo.com

Pairet of di keribien



Ratna : Buat aksi lucah nak.
Aniza : Ko tunjuk tetek ko, aku korek biji mata!!!
Wawis : Hins.. hins kontrol perut.