Monday, March 12, 2007

BANJIR DI KOTA TINGGI

Kesian aku tengok orang kampung bini aku... gambar yang terpampang kat surat khabar kebanyakannya kawasan yang selalu aku lalu ngan bini aku untuk berdating sebelum aku kahwin ngan dia dulu. Banjir gelombang kedua nie makin teruk pada penduduk kerana bila surut gelombang yang pertama, mereka cepat-cepat bersihkan rumah untuk beraya haji dan X-Mas (kalau sempat), tapi malang.

Kerajaan pulak bagi RM100-RM200 setiap keluarga...mana cukup beb! Duit berbillion-billion bagi RM100 je... Penduduk dikawasan sekeliling pulak (yang tak kena banjir) ambil kesempatan menyamar jadi mangsa banjir untuk dapat bantuan.
Mengikut keterangan mak mertua aku... ada 2-3 orang kuat area tu (Felda Sening-jauh dari bandar Kota Tinggi dan tak banjir) Bawak balik sardin, lampin pakai buang, susu etc. Tilam pun ada. Pas tu bangga cakap ngan orang ramai dia dapat sardin banjir, tilam banjir.

Bodohla!

Tak pikir ke orang lain yang rumah dia musnah teruk. Sampai yang langsung takde... tinggal tapak je. Bantuan pulak tak sampai ke tangan yang betul-betul patut dapat. Mangkuk nie sedap-sedap je belasah hak orang... siap bagi kat kengkawan lagi.


Satu lagi sedara aku kat Sri Medan, besan aku gak. Dia nie pun mangsa banjir jugak, tapi sebab rumah dia nie tinggi. Dapur je masuk air. Masih boleh lagi tidur kat rumahla. Tapi kereta rosakla. Dia pun mengalah untuk tidak tidur didewan besar dimana semua mangsa banjir ditempatkan. Sebab kesian kat orang yang lebih teruk dari dia. Tapi nama dia tak tersenarai sebagai orang yang patut menerima bantuan sebab dia tak tidur didewan. Mana boleh macam nie beb.

Nie cerita dari mak aku plak. Syukurla rumah aku kat Muar tak kena. Kalau tak abis semua koleksi komik aku (dah simpan lebih 10 tahun) Nie cerita kat tangkak plak. Bantuan sampai tapi tak diagihkan. Tersimpan kat rumah ketua kampung. (Nak bagitau nama tapi tak tau). Sehinggakan mangsa banjir yang duduk kat dewan dah boleh balik... tapi barang tak diberi jugak. Bertumbuk mak aku cakap. Kalau nak menipu pun janganlah jadi ketua kampung yang bodoh macam nie. Barang bertimbun-timbun, orang nampaklah.

BODOH!!!

Nie gambar yang aku dapat kat kat e-mail. Kalau gambar yang ada copyright tu halalkan ajela... bukan aku ada untung pun.











Kepada mereka yang banyak duit tak tau nak buat ape tu sedekah-sedekahle...Jangan asik nak kesian je!



No comments: