Thursday, April 26, 2007

Apa Nak Jadi!!!

Apa nak jadi ngan anak muda sekarang. Clubbing lagi penting dari Sembahyang Tahjud. Tak sedar ke dunia dah nak kiamat, masih nak gesel-gesel lagi ke? Lain kali nak gi clubbing tu , AJAK AKU SEKALI!






Wednesday, April 18, 2007

Malaysia Negara Islam??? MARI KITA BERJIHAD - ALLAHUAKBAR!!!

Assalamualaikum....

Saudaraku Umat Islam Yang di Rahmati ALLAH,

Dunia hampir kepenghujung hayatnya, semakin hampir, kita sentiasa diuji dengan berbagai ujian oleh Allah SWT. Musuh-musuh Islam terutamanya kaum-kaum Yahudi dan Nasrani serta mereka yang bersekongkol, berterusan mencari jalan memporak-perandakan perpaduan umat Islam di mana jua didunia ini dan tidak terkecuali juga di Malaysia. Berbagai cara digunakan, penggunaan kuasa ekonomi, kuasa politik dan ilmu pengetahuan keduniaan serta memperalatkan orang Islam itu sendiri untuk mencapai cita-cita dan matlamat mereka.

Hari ini umat Islam di Malaysia dicabar lagi. Pembinaan Gereja/Cathederal terbesar di Asia akan diteruskan pembinaannya ditempat asalnya di Seksyen 24, Shah Alam. Setelah umat Islam di Shah Alam sedar dari mimpi indah kerana janji-janji Pilihanraya Umum yang lepas, dan mandat telah diberi tiada halangan lagi bagi KERAJAAN melaksanakan kehendak 50,000 ahli UMNO beragama Kristian mencapai cita-cita mereka. Jumlah ahli yang minoriti ini berjaya mengusai Parti UMNO di mana majoriti keahliannya adalah orang Melayu.

Dengan tersergam Gereja/Cathedral ini di bandar yang diwartakan sebagai Pusat
Pembangunan/Perkembangan Islam oleh DYMM Sultan Selangor bertentangan dengan kehendak Baginda dan seluruh rakyat yang beragama Islam di negara ini. Begitu juga dengan terbinanya Catredral dan Kompleks Gereja ini dilengkapi dengan Pusat Rawatan Kesihatan, Nursery, Pusat Kaunseling dan Pusat Melatih Pendakwah (Missionery) di Shah Alam ini sebagai pusat pengembangan ajaran Kristian diseluruh Malaysia dan juga Asia.

Pemilihan Shah Alam sebagai pusat pengembangan ajaran Kristian ini sesuai dengan kehendak pemimpin Kristian kerana lokasi yang strategik, sosio-ekonomi dan masysrakatnya yang menjadikan hiburan sebagai agenda utama. Program-program yang diatur oleh pihak pentadbir Stadium Shah Alam, Litar Lumba Kereta Batu Tiga dan lain-lain adalah daya penarik terutamanya para belia setempat dan dari luar.

Pakar-pakar pengkaji Yahudi dan Kristian tidak berjaya memisahkan orang Melayu dengan Islam, tetapi mereka berjaya memisahkan orang Melayu dengan ajaran Al-Quran dengan memperalatkan orang Islam melaksanakan program-program mereka untuk menghancurkan umat Islam seluruh dunia. Begitu juga dengan apa yang berlaku di negara kita.

Pembinaan Catedral dan kemudahan asas, adalah satu dari agenda mereka dan golongan belia adalah sasaran utama mereka. Berleluasanya program mungkar, dan diperkuatkan dengan kenyataan akhbar bahawa 58% pekerja kilang terdiri dari golongan belia yang terlibat dengan perbuatan maksiat, kemungkaran dikalangan pemimpin dan berita pegawai tinggi kerajaan ditangkap khalwat, kurang minat belia kepada program bercorak Islam menyumbang kepada berleluasanya pengaruh Kristian meresapi jiwa orang Melayu hari ini.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku kepada orang Melayu singapura. mereka bukan sahaja berjaya mencabut hak ketuanan, bahkan akhidah Islam mereka dan hampir 200,000 orang Melayu menjadi ahli Persatuan Melayu Kristian di Singapura. Begitu juga dinegara tetangga kita Indonesia. Sebagaimana amaran Allah SWT "Tidak redha kaum Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut telunjuk mereka".

TIDAK TERLINTASKAH DIFIKIRAN KITA BAHAWA SATU HARI NANTI PERKARA INI AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA. TEPUK DADA, TANYALAH IMAN.
Khabarnya di Taiping, Perak, sudah ada peranan dimainkan oleh seorang guru sekolah di mana murid-murid telah dipujuk untuk menukar akhidah mereka untuk
menerima ajaran Kristian. Begitu juga ramai orang Melayu sudah menukar agama mereka dengan agama Kristian. Di Petaling Jaya sudah ada Gereja khas untuk orang Melayu.

Apakah ini bermulanya kehancuran akhidah Islam dikalangan orang Melayu. Dengan berleluasanya kegiatan anti islam seperti Kumpulan Anti Hadis, Anti Al- Quran, menghina hukum Islam, kata-kata Al-Quran ditafsir semula, Hukum Islam layak di simpan di muzium dan lain-lain penghinaan yang dilemparkan terhadap Islam yang dihamburkan oleh umat Islam sendiri, bukankah ini memungkinkan umat Islam yang Iman mereka tipis senipis kulit bawang akan mencari Agama pilihan(alternative). Dan kesempatan ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh musuh-musuh Islam.

Apabila ditanya oleh sahabat, bagaimana keadaan umat Islam di akhir zaman, Rasullullah SAW menjawab, "Umat Islam pada masa itu sungguh ramai tetapi mereka umpama buih-buih dilautan. Umat Islam semakin dihanyut oleh arus kebendaan yang melalaikan. Semangat Jihad mereka semakin pupus. Cinta kepada dunia semakin hari semakin bercambah". Lupa kepada pesanan Rasullullah, " Barangsiapa yang tidak memperjuangkan Islam mereka bukanlah dari kalangan umat ku". Mereka ini tidak akan mendapat Shafaat Nabi diakhirat nanti. Mereka lupa amaran Allah SWT, apabila kemungkaran sudah mengatasi kema'rufan maka akan ditimpa malapetaka dan bala bencana yang dahsyat sebagaimana yang ditimpakan kepada Umat nabi noh, Nabi Hud, Firaun dan lain-lain.

Bangunlah wahai umat Islam dan berjuanglah dengan apa yang termampu oleh kita. Jangan sampai anak-anak kita menghadiahkan salib dan kitab ajaran Kristian baru kita sedar. Jangan kita meritih apabila jenazah anak kita dikebumikan diperkuburan Kristian kerana pada masa itu nasi sudah menjadi bubur. Jangan slahkan sesiapa.

Jangan kita kufur nikmat dengan kekayaan anugerah Allah, tetapi bersyukur atas rahmatnya dengan memperjuangkan Agama yang disempurnakannya iaitu Agama Islam. ALLAHU AKBAR.

SELAMAT BERJUANG UNTUK MEMBELA MARTABAT ISLAM, BANGSA DAN NEGARA.

Bangun dan Berikanlah Peringatan!!!

"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me."

(Al-Baqarah: 152)

Tuesday, April 17, 2007

Akikah, Korban dan Birokrasi.

Assalamualaikum,

Saya bukan nak buat promotion free kat sini, tapi kalau nak buat Akikah ngan KORBAN, buatlah dengan MUSLIM AID ASIA (MAA). Senang! Daging yang dibuat akikah tu memang diberi kepada orang yang betul-betul MEMERLUKAN. Sama dengan KORBAN. Dah berapa tahun dah saya buat dengan MAA.Walaupun dibuat di luar negara, tapi memang orang yang susah betul yang dapat. Iraq, Palestin, War Refugee, orang yang kebulur tak makan pasal bencana. (Dahlah miskin, susah, bencana lagi-Allah nak duga).

Kita kalau boleh jangan sampai membazir. Hari raya korban yang lepas ada buat Korban Perdana kat Pahang. untuk mangsa banjir. Dekat 30 ekor lembu di korbankan.Mungkin lebih. Wallahualam berapa banyak daging yang tak di makan. Yelah, buat macam kenduri. Tak abis buang. Kalau yang ambik banyak, simpan dalam peti sejuk. Berapa banyak pulak yang biar kan daging tu beku lama-lama kat peti sejuk tu. Kalau diaorang buat ngan MAA kan boleh ditinkan. Tahan lama. Bagi kat orang miskin. Boleh simpan lama.

Kat Malaysia nie sebennarnya ramai lagi orang miskin, tapi disebabkan birokrasi org kejaraan, seorang nenek tua tak layak terima zakat dari baitulmal. Aku tak faham kenapa. Orang tua tu miskin dan perlukan duit Dah tu dibesar-besarkan. Masuk paper. Tapi nenek tu masih tak dapat. Aku cadangkan nak bagi zakat terus je bagi kat rumah anak yatim, pondok ngaji kat ulu kampung lagi bagus. Dapat direct.

Tiap-tiap tahun Pusat zakat negeri berlumba-lumba nak kutip kutipan zakat negeri mana yang paling tinggi. Bangga kalau dapat RM70 juta. Tapi kat negeri tu masih ramai anak-anak yang tak sekolah. Surau buruk. Duit tu banyak hulur-hulurlah sikit kat orang miskin. Susah sangat ke? Mesti nak kena buat press conference ke? Mesti nak kene buat ucapan dulu ke kalau nak bagi sedekah (Teringat mangsa banjir kat Batu Pahat-berucap dulu beri pujian kat kerajaan betapa baiknya kerajaan tolong mangsa banjir, baru dapat bantuan).

Cukuplah sampai disini, Sebenarnya banyak lagi Saya nak luahkan kat sini. Jari dah penat menaip nie. Tengok respone orang lain camner.

Alamat MUSLIM AID ASIA

MUSLIM AID ASIA
8-1-2, Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 03-2288 1996

Wassalam.

Thursday, April 05, 2007

Rahsia Bersedekah

Assalamualaikum

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau
kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak,
masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau
kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada
masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10.
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak
pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah
permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan
saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.
Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan
kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang
Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak
kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya
terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti
biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi
seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber
yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah),
maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja
harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya
dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah
al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"
Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar
Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya
hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil
akhirat."

Sekadar untuk berpesan. Semoga ada manfaat.

Wassalam

Sempena email pasal sedekah ni, mari kita sedekah pada saudara
kita di Palestin

derma anda ke dalam akaun ini,
Deposit langsung :
MUSLIM AID ASIA SDN BHD
EON BANK KL MAIN # 0518-11-000311-5

GIRO Antara Bank/Inter Bank Giro :
EON BANK KL MAIN # 0518-11-000311-5
(sila pos atau faks borang wang masuk ke Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
Affin Bank, Alliance Bank, Bank Muamalat, Bank Islam,
Bumiputera Commerce, Citibank, Eon Bank, Hong Leong Bank,
Maybank, OCBC, CIMB, Public Bank, RHB Bank, Southern Bank,
HSBC Bank dan Bank Rakyat.

Melalui pos :
MUSLIM AID ASIA SDN BHD 8-1-2, Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Datang sendiri:
MUSLIM AID ASIA SDN BHD 8-1-2, Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.3.

Pertanyaan : 03-2288 1996