Thursday, April 05, 2007

Rahsia Bersedekah

Assalamualaikum

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau
kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak,
masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau
kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada
masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada 40 saya sedekahkan rm10.
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak
pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah
permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan
saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.
Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan
kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang
Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak
kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya
terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti
biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi
seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber
yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah),
maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja
harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya
dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah
al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?"
Nabi bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar
Rasulullah bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya
hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil
akhirat."

Sekadar untuk berpesan. Semoga ada manfaat.

Wassalam

Sempena email pasal sedekah ni, mari kita sedekah pada saudara
kita di Palestin

derma anda ke dalam akaun ini,
Deposit langsung :
MUSLIM AID ASIA SDN BHD
EON BANK KL MAIN # 0518-11-000311-5

GIRO Antara Bank/Inter Bank Giro :
EON BANK KL MAIN # 0518-11-000311-5
(sila pos atau faks borang wang masuk ke Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
Affin Bank, Alliance Bank, Bank Muamalat, Bank Islam,
Bumiputera Commerce, Citibank, Eon Bank, Hong Leong Bank,
Maybank, OCBC, CIMB, Public Bank, RHB Bank, Southern Bank,
HSBC Bank dan Bank Rakyat.

Melalui pos :
MUSLIM AID ASIA SDN BHD 8-1-2, Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Datang sendiri:
MUSLIM AID ASIA SDN BHD 8-1-2, Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.3.

Pertanyaan : 03-2288 1996

No comments: