Tuesday, July 17, 2007

MENULIS KARANGAN-KEMALANGAN YANG PALING NGERI YANG PERNAH SAYA LIHAT.

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas
emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju
untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya
128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah
lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.
Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di
belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama
dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali gandakelajuan cahaya. Emak saya dapat
menerajang tayar depan lori itu.

Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.

Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar
menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak
puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands
dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.
Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya
masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan
pemandu lori itu dengan kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke
Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak
saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi.

Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke
pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu
penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang
paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

KESIMPULAN :: GILE GHUPENYE DAK NEH!

1 comment:

Anonymous said...

u lame ass